Khamis, 10 Disember 2009

HILANGKAN KELEMUMUR

Ambil tiga bij limau nipis da potong nipis. Rendamkannya ke dalam air panas selma lima minit. Jadikan air ini sebagai bilasan setelah mencuci rambut. Kemudian bilas rambut anda dengan air biasa. Buakn sahaja dapat menghilangkan kelemumur malah dapat mewangi dan menghitamkan rambut.

BUIH SABUN MANDI ATASI KULIT MELECUR

Apabila terkena minyak panas atau air panas, gosokkan bahagian melecur tersebut dengan buih sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian tersebut tidak sakit lagi. Insya-Allah.

RAMBUT TIDAK BERCABANG

Bersihkan sehelai daun lidah kecil buaya dan potong kecil. Kemudian, campurkan dengan air bilasan beras yang kedua. Ramas daun lidah buaya tadi sehingga mengeluarkan lendir dan sapukan campuran tadi ke atas kulit kepala dan seluruh rambut. Lakukan dua kali sehari untuk kesan yang lebih cepat.

PISANG HALUSKAN KULIT SENSITIF

Lumatkan setengah biji pisang yng sudah dikupas dan sapukan pada tempat yang telah dibersihkan. Biarkan selama 15 minit dan bilas degan air. Ulangi cara ini seminggu sekali.
























































BERSIH, CERAH & HALUS

Bahannya murah dan mudah didapati iaitu menggunakan kacang hijau. Kisar kacang hijau menjadi serbuk. Campurkan sedikit air dan luhurkan ke seluruh badan. Biarkan beberapa minit sehingga kering. Kemudian bilas dengan air sejuk. Hasilnya menakjubkan. Insay-Allah, kulit akn menjadi bersih cerah dan halus. Amalkan petua ini seminggu sekali untuk kesan yang lebih menyerlah. Selamat mencuba.

JIKA KAKI TERSELIUH

Rendam kaki yang sakit ke dalam air yang suam yang dicampurkan dengan sedikit garam. Setelah itu balutkan kaki tadi dengan kain dan letakkan sedikit halia yang telah tumbuk. Insya-Allah, kaki akan merasa lega.

KESAN MELECUR

Kesan melecur akan memberi masalah kepada kita terutema jika ia meninggalkan kesan parut. Cara terbaik menyembuhkan kesan melecur ialah dengan mengambil beberapa helai daun sirih segar, kemudian perah airnya dan campurkan dengan sedikit madu. Sapukan pada kaki yang melecur itu. Lakukan tiga kali seminggu dan seterusnya sehingga kesan melecur itu sembuh.

PUTIHKAN KUKU

Memiliki kuku yang berkilat adalah idaman setiap wanita. Apatah lagi jika kuku tersebut kotor terkena arang dan getah yang sukar ditanggalkan. Cara membersihkannya adalahg melumur kuku anda dengan sedikit minyak kelapa. Setelah itu cuci kuku dengan sabun. Kemudian ambil sebiji limau nipis dan potong. Lumurkan isi limau nipis iti pada kuku dan biarkan seketika. Anda akan dapati kuku berkilat dan bersih.

KEMPISKAN PERUT

Untuk mengempiskan perut buncit bagi wanita ialah dengan cara begini. Ambil kira-kira dua genggam lada hitam kemudian ditubuk halus. Campukan dengan sebiji ragi tapai, digaul bersama cuka dicampur dengan air asam jawa. Bila ramuan sudah sebati, barulah disapukan pada perut. Amalkan selalu.

TUMIT KAKI MEREKAH

Ambil beberapa biji buah betik muda. Dibasuh terlebih dahulu kemudian cucuk-cucuk kulit betik tersebut untuk mendapatkan susu getah pada kulit tersebut. Sapukan susu getah betik pada tumit kaki yang merekah. Biarkan sehingga ia benar-benar kering. Sebaiknya guna sebelum anda mendi untuk mendapat kesan yang memuaskan. Amalkan setiap hari.

KERINGKAN SUSU IBU

Ambil taga helai daun pucuk ubi diramas bersama kapur sehingga mengeluarkan air. Sapukan pada payu dara. Insya-Allah, air susu akan kering, ia sesuai untuk ibu-ibu yang ingin menghentikan penyusuan atau kematian bayi semasa lahir bagi mengelakkan bengkak susu.

ATASI BAU BADAN

Mandi susu jug aboleh mengatasi bau badan. Di dalam tab mandian berisi air suam, campurkan bersama susu soya, susu kambing, madu dan aroma terapi secukupnya. Kemudian berendamlah selama 10-15 minit. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk hasil terbaik. Selain menghiangkan bau badan, dia juga dapat menenangkan dan menghaluskan kulit anda.

Selasa, 8 Disember 2009

PETUA

AIR GARAM LEGAKAN KEJANG KAKI

Semasa tidur, adakalanya betis terasa kejang. Jika ini berlaku, campur sesudu garam dengan segelas air lalu diminum. Kekejangan semasa tidur berlaku kerana badan kekurangan garam mineral.

HALIA KURANGKAN KESAKITAN GIGI

Bagi yang mengalami kesakitan gigi, tumbik halia bersama garam. Letakkan pada gigi yang sakit dan biarkan selama beberapa minit. Ini dapat membantu mangurangkan kesakitan.


ATASI KEGUGURAN RAMBUT

Bagi mengelakkan masalah keguguran rambut, rendam tange semalamam. Air tauge tersebut hendaklah digunakan untuk membasuh rambut. Biarkan seketika kemudian bersihkan rambut dengan air yang bersih.


DILEMA TURUNKAN BERAT BADAN

Berat badan yang berlebihan pasti ak an memberikan kesan kepada kesihatan. Atasinya dengan mengambil buah delima muda dan kikis kulitnya. Kisar buah delima bersama secubit garamdan setengah gelas air. Tapis air tersebut. Sejukkan di dalam peti sejuk dam mium selepas makan tengah hari. Amalkan seminggu sekali .


MEMBUANG KACA DI KAKI

Serpihan kaca yang melekat di kaki memang menykitkan. Bagi mengeluarkannya tumbuklah daun betik sehingga lumat. Tampalkan pada tempat yang terkena kaca. balut dengan kain bersih. Dengan cara demikian, kaca yang tertusuk skan keluar dengan sendirinya.









ANEKA PETUA

HILANGKAN KEMBUNG PERUT BAYI

Bagi menghilangkan kembungh perut bayi, ambil sehelai daun sirih. Layurkan atas api sebentar. Buat lubang di tengah daun untuk ruang pusat bayi. Kemusian tekupkan sirih tersebut kepada perut bayi yang kembung itu. Kemusian pakaikan terus bekungnya. Insay-Allah bayi anda akn selalu buang angin dan kembung perutnya akan hilang. Amalkan selama empat jam.

DAUN BAMBU ATASI CAMPAK

Demam campak atau"chicken pox" mengambil masa yang lama untuk sembuh.Atasinya dengan daun bambu yang ditumbuk sehingga hancur. Sapukan pada semua bahagian badan.

SEMBUHKAN KAYAP

Bagi penderita kayap, tumbuk daun inai bersama arang. Perahka bersama limau nipis. Gaul sebati dan letakkan di tempat kayap. Kemudian, lapikkan dengan kain bersih dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga sembuh.

INAI DI KUKU BERKILAT

Inai perlulah ditumbuk lumat dan dimasukkan sedikit sirap. Pastikan sebelum memakai inai, spukan minyak masak di kuku. Biarkan hingga kering. Kuku anda aka nampak merah berkilat.

BIBIR MERAH DAN LICIN

Ramai wanita ingainkan bibir yang cantik tetapi sesetengah mem[unyai masalah bibir kehitaman dan kering. Atasinya dengan menyapukan madu pada bibir pada setiap malam.


Isnin, 7 Disember 2009

PETUA ORANG TUA



BUNGA ROS KERAP BERBUNGA

Hampa rasanya jika bunga yang ditanam tidak menjadi. Untuk mengatasinya, potong kecil kulit pisang dan kembus ke dalam tanah pokok bunga ros sebagai baja. Amalkan cara ini tiga kali seminggu. Insya-Allah, anda pasti tersenyum melihat hasilnya dan pokok ros anda akan lebih kerap berbunga

HILANGKAN TAHI LALAT HIDUP

Ada yang menyenangi kewujudan tahi lalat hidup, tumbuk seulas bawang putih separuh lumat. gosokkan pada tahi lalat dan jika diamalkan selalu tahi lalt tersebut akan hilang.

TAMBAH SUSU BADAN

Susu ibu ternyata banyak kebaiknya bayi. Bukan sekadar mengenyangkan anak kecil tapi juga mampu merapatkan hubungan antara ibu dan anak. Bagi ibu yang kekurangan susu badan, rebus daun turi muda dan makan dengan nasi. Amalan ini dapat menambah susu ibu.

UBI SENGKUANG CERAHKAN KULIT

Inginkan kulit yang cerah tanpa memerlukan rawatan wajah yang mahal? Ambil ubu sengkuang, parut dan perah untuk mendapatkan airnya. Biarkan seketika untuk mendapat pati perahan. Sapukan pada wajah dan amlkan sekali seminggu. Wajah anda lebih halus dan berseri.

BERSIHKAN KUKU TANGAN DAN KAKI

Kuku yang brsih melambangkan kebersihan diri. Ambil limau kasturi dan potong kepada dua bahagian. Gosok limau pada kuku jari dan bilas dengan air suam. Kuku akan kelihatan bersih berseri

BUAH DELIMA LANGSINGKAN TUBUH

Sudah jemu dengan produk pelansingan yang tidak memberikan kesan yang positif? Cuba kaedah ini, bukan sahaja menjimatkan tetapi juga selamat daripada kesan sampingan. Ambil isi buah dlima dan masukkan ke dalam segelas air yang telah dicampurka dengan sedikit garam. Amalkan denfgan minum setiap pagi selepas sarapan.