Selasa, 8 Disember 2009

ANEKA PETUA

HILANGKAN KEMBUNG PERUT BAYI

Bagi menghilangkan kembungh perut bayi, ambil sehelai daun sirih. Layurkan atas api sebentar. Buat lubang di tengah daun untuk ruang pusat bayi. Kemusian tekupkan sirih tersebut kepada perut bayi yang kembung itu. Kemusian pakaikan terus bekungnya. Insay-Allah bayi anda akn selalu buang angin dan kembung perutnya akan hilang. Amalkan selama empat jam.

DAUN BAMBU ATASI CAMPAK

Demam campak atau"chicken pox" mengambil masa yang lama untuk sembuh.Atasinya dengan daun bambu yang ditumbuk sehingga hancur. Sapukan pada semua bahagian badan.

SEMBUHKAN KAYAP

Bagi penderita kayap, tumbuk daun inai bersama arang. Perahka bersama limau nipis. Gaul sebati dan letakkan di tempat kayap. Kemudian, lapikkan dengan kain bersih dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga sembuh.

INAI DI KUKU BERKILAT

Inai perlulah ditumbuk lumat dan dimasukkan sedikit sirap. Pastikan sebelum memakai inai, spukan minyak masak di kuku. Biarkan hingga kering. Kuku anda aka nampak merah berkilat.

BIBIR MERAH DAN LICIN

Ramai wanita ingainkan bibir yang cantik tetapi sesetengah mem[unyai masalah bibir kehitaman dan kering. Atasinya dengan menyapukan madu pada bibir pada setiap malam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan