BUNGA ROS KERAP BERBUNGAHampa rasanya jika bunga yang ditanam tidak menjadi. Untuk mengatasinya, potong kecil kulit pisang dan kembus ke dalam tanah pokok bunga ros sebagai baja. Amalkan cara ini tiga kali seminggu. Insya-Allah, anda pasti tersenyum melihat hasilnya dan pokok ros anda akan lebih kerap berbunga
HILANGKAN TAHI LALAT HIDUPAda yang menyenangi kewujudan tahi lalat hidup, tumbuk seulas bawang putih separuh lumat. gosokkan pada tahi lalat dan jika diamalkan selalu tahi lalt tersebut akan hilang.
TAMBAH SUSU BADAN

Susu ibu ternyata banyak kebaiknya bayi. Bukan sekadar mengenyangkan anak kecil tapi juga mampu merapatkan hubungan antara ibu dan anak. Bagi ibu yang kekurangan susu badan, rebus daun turi muda dan makan dengan nasi. Amalan ini dapat menambah susu ibu.
UBI SENGKUANG CERAHKAN KULITInginkan kulit yang cerah tanpa memerlukan rawatan wajah yang mahal? Ambil ubu sengkuang, parut dan perah untuk mendapatkan airnya. Biarkan seketika untuk mendapat pati perahan. Sapukan pada wajah dan amlkan sekali seminggu. Wajah anda lebih halus dan berseri.
BERSIHKAN KUKU TANGAN DAN KAKI 
Kuku yang brsih melambangkan kebersihan diri. Ambil limau kasturi dan potong kepada dua bahagian. Gosok limau pada kuku jari dan bilas dengan air suam. Kuku akan kelihatan bersih berseri
BUAH DELIMA LANGSINGKAN TUBUH

Sudah jemu dengan produk pelansingan yang tidak memberikan kesan yang positif? Cuba kaedah ini, bukan sahaja menjimatkan tetapi juga selamat daripada kesan sampingan. Ambil isi buah dlima dan masukkan ke dalam segelas air yang telah dicampurka dengan sedikit garam. Amalkan denfgan minum setiap pagi selepas sarapan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan