Khamis, 10 Disember 2009

HILANGKAN KELEMUMUR

Ambil tiga bij limau nipis da potong nipis. Rendamkannya ke dalam air panas selma lima minit. Jadikan air ini sebagai bilasan setelah mencuci rambut. Kemudian bilas rambut anda dengan air biasa. Buakn sahaja dapat menghilangkan kelemumur malah dapat mewangi dan menghitamkan rambut.

BUIH SABUN MANDI ATASI KULIT MELECUR

Apabila terkena minyak panas atau air panas, gosokkan bahagian melecur tersebut dengan buih sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian tersebut tidak sakit lagi. Insya-Allah.

RAMBUT TIDAK BERCABANG

Bersihkan sehelai daun lidah kecil buaya dan potong kecil. Kemudian, campurkan dengan air bilasan beras yang kedua. Ramas daun lidah buaya tadi sehingga mengeluarkan lendir dan sapukan campuran tadi ke atas kulit kepala dan seluruh rambut. Lakukan dua kali sehari untuk kesan yang lebih cepat.

PISANG HALUSKAN KULIT SENSITIF

Lumatkan setengah biji pisang yng sudah dikupas dan sapukan pada tempat yang telah dibersihkan. Biarkan selama 15 minit dan bilas degan air. Ulangi cara ini seminggu sekali.
























































BERSIH, CERAH & HALUS

Bahannya murah dan mudah didapati iaitu menggunakan kacang hijau. Kisar kacang hijau menjadi serbuk. Campurkan sedikit air dan luhurkan ke seluruh badan. Biarkan beberapa minit sehingga kering. Kemudian bilas dengan air sejuk. Hasilnya menakjubkan. Insay-Allah, kulit akn menjadi bersih cerah dan halus. Amalkan petua ini seminggu sekali untuk kesan yang lebih menyerlah. Selamat mencuba.

JIKA KAKI TERSELIUH

Rendam kaki yang sakit ke dalam air yang suam yang dicampurkan dengan sedikit garam. Setelah itu balutkan kaki tadi dengan kain dan letakkan sedikit halia yang telah tumbuk. Insya-Allah, kaki akan merasa lega.

KESAN MELECUR

Kesan melecur akan memberi masalah kepada kita terutema jika ia meninggalkan kesan parut. Cara terbaik menyembuhkan kesan melecur ialah dengan mengambil beberapa helai daun sirih segar, kemudian perah airnya dan campurkan dengan sedikit madu. Sapukan pada kaki yang melecur itu. Lakukan tiga kali seminggu dan seterusnya sehingga kesan melecur itu sembuh.

PUTIHKAN KUKU

Memiliki kuku yang berkilat adalah idaman setiap wanita. Apatah lagi jika kuku tersebut kotor terkena arang dan getah yang sukar ditanggalkan. Cara membersihkannya adalahg melumur kuku anda dengan sedikit minyak kelapa. Setelah itu cuci kuku dengan sabun. Kemudian ambil sebiji limau nipis dan potong. Lumurkan isi limau nipis iti pada kuku dan biarkan seketika. Anda akan dapati kuku berkilat dan bersih.

KEMPISKAN PERUT

Untuk mengempiskan perut buncit bagi wanita ialah dengan cara begini. Ambil kira-kira dua genggam lada hitam kemudian ditubuk halus. Campukan dengan sebiji ragi tapai, digaul bersama cuka dicampur dengan air asam jawa. Bila ramuan sudah sebati, barulah disapukan pada perut. Amalkan selalu.

TUMIT KAKI MEREKAH

Ambil beberapa biji buah betik muda. Dibasuh terlebih dahulu kemudian cucuk-cucuk kulit betik tersebut untuk mendapatkan susu getah pada kulit tersebut. Sapukan susu getah betik pada tumit kaki yang merekah. Biarkan sehingga ia benar-benar kering. Sebaiknya guna sebelum anda mendi untuk mendapat kesan yang memuaskan. Amalkan setiap hari.

KERINGKAN SUSU IBU

Ambil taga helai daun pucuk ubi diramas bersama kapur sehingga mengeluarkan air. Sapukan pada payu dara. Insya-Allah, air susu akan kering, ia sesuai untuk ibu-ibu yang ingin menghentikan penyusuan atau kematian bayi semasa lahir bagi mengelakkan bengkak susu.

ATASI BAU BADAN

Mandi susu jug aboleh mengatasi bau badan. Di dalam tab mandian berisi air suam, campurkan bersama susu soya, susu kambing, madu dan aroma terapi secukupnya. Kemudian berendamlah selama 10-15 minit. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk hasil terbaik. Selain menghiangkan bau badan, dia juga dapat menenangkan dan menghaluskan kulit anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan